
Sulit
5 tahun
Hamil 6 weeks- 2nd pregnancy
Hi… Saya sekarang hamil anak no 2.
mase 1st pregnancy, sy disahkan pre-eclampsia mase 31 weeks kehamilan.
Boleh bantu sy macam mane nk kawal tekanan darah tinggi mase hamil?
saya buntu…
n fobia takut terkena macam dlu

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Masalah pre-eclampsia ini sering terjadi kepada wanita mengandung yang tidak mempunyai masalah kesihatan. Faktor seperti sejarah darah tinggi atau pre-eclampsia yang sebelumnya boleh menjadi faktor risiko kepada berulangnya masalah ini. Untuk mengawal tekanan darah tinggi, anda boleh mengurangkan makanan bergaram dan memastikan pengambilan ubat oleh doktor anda sekiranya disahkan mempunyai darah tinggi atau pre-eclampsia.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.