Sulit
3 tahun
Hamil 7 minggu & Vit C
Hi Doctor
Mengikut kiraan saya selepas positif UPT test, sya hamil 7 minggu dan belum membuka buku pink di KK. Sya masih berkira kira adakah patut sya buka buku pink di waktu PKP ini atau tunggu sehingga pkp tamat?
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, anda digalakkan untuk hadir ke klinik atau hospital untuk melakukan pemeriksaan kehamilan dan untuk buka buku pink selewat-lewatnya sebelum 11 minggu kehamilan. Anda tidak perlu risau dan khuatir kerana mereka yang bergejala akan diasingkan terlebih dahulu di klinik atau di hospital kerajaan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.