
Anonymous
5 tahun
Hamil atau masalah lain
sy wanita 28 tahun pelan nak baby lg,sy slalu check upt negetive…tp pg2 sy mntah…sakit kpala…bdn xbrmaya kebas2 kaki tgn…kdang bila mndi nmpak perut sy mcm keras…mcm sy hamil ank ke dua dlu…tapi bulan lepas sy period dua kli awal bln dan ujung bln…adakah sy perlu jmpe doctor…utk pngesahan…sy takut simptom2 lain pulak…trima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tanda-tanda kehamilan adalah sangat banyak dan berbeza-beza mengikut individu. Namun terdapat beberapa tanda-tanda yang seringkali dialami oleh kebanyakkan wanita seperti:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
- Sembelit
- Kekejangan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
Jika anda rasa anda hamil, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan kehamilan agar perancangan seperti pengambilan suplemen tambahan serta lawatan dan pemeriksaan susulan dapat dibuat. Hal ini bertujuan bagi memastikan kandungan janin serta kesihatan anda dijaga dengan sebaik mungkin.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.