
akmalhype2210
5 tahun
Hamil atau tidak,kerana period masih berjalan tetapi muntah seperti simptom hamil
Saya ingin bertanya tentang upt,isteri saya mengalami muntah-muntah setiap malam lebih dari sebulan tapi dia sudah period 2 kali Dan kami juga sudah membuat upt 2 kali Dan hasilnya kedua-duanya negatif sedangkan kalau diikutkan dari tarikh kami membuat hubungan 20 july Dan sudah pasti sekarang tahap hcg sudah tinggi untuk membuat upt tetapi hasilnya - ve,selepas hubungan. 14 hari selepas itu period pada 5,6,7,8 august yang menjadi pertanyaan bukankah period tanda tidak hamil, tetapi dia mengalami muntah sudah 1bulan lebih yang membuatkan saya fikir dia hamil. Apakah punca dia muntah sebenarnya Dan mengapa ujian upt itu - ve adakah dia hamil atau tidak
Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, UPT negatif ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Sila klik pada link ini untuk mengetahui bagaimana menggunakan UPT dengan betul.
(Ujian kehamilan)
Bagi gejala muntah-muntah, terdapat pelbagai sebab gejala ini boleh berlaku. Antaranya:
- MIgraine
- Hamil (kebiasaannya pada waktu pagi dan mempunyai sebab seperti bau makanan dan sebagainya)
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- keracunan makanan
Karakter pendarahan perlu dijelaskan kepada doktor kerana kehamilan boleh menyebabkan spotting dan kadang-kala boleh disalah ertikan sebagai haid. Namun sekiranya isteri anda yakin bahawa haid benar-benar berlaku, kebarangkalian untuk hamil adalah rendah. Gejala muntah mungkin berpunca daripada masalah lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.