
Sulit
3 tahun
Hamil atau tidak selepas haid 2 kali?
Rakan saya berumur 18 tahun telah bersetubuh pada 8/3/21 iaitu beberapa hari selepas habis period tetapi tidak pancut ke dalam.haid pertama dia selepas bersetubuh pada 14/4/21 dan haid kedua dia selepas bersetubuh pada 18/6/21.soalan saya, adakah kawan saya hamil atau tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera, dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, semasa kitaran haid bermula, lapisan tisu pada rahim akan menjadi tebal dan telur (ovum) akan dilepaskan daripada ovari. Sekiranya proses persenyawaan berlaku, tisu tersebut akan kekal untuk implantasi, tetapi jika proses persenyawaan tidak berlaku, lapisan tisu tersebut akan digugurkan melalui faraj. Ini adalah pendarahan yang anda lihat dan proses ini dipanggil menstruasi.
Memandangkan kawan anda masih mendapat haid selepas mengadakan hubungan kelamin, kawan anda tidak hamil. Anda boleh merujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami secara atas talian .
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.