
Sulit
4 tahun
Hamil dan Berat menurun dan mengalami GDM
Hi doktor, saya berumur 30 tahun dan sedang hamil anak pertama. Saya disahkan mengalami GDM jadi doktor minta untuk saya buat BSP. Setelah 2 kali pertemuan iaitu hujung bulan lepas dan hari ini, saya dapati berat saya menurun berbanding kali pertama saya timbang lepas buka buku pink. Masalah sekarang, saya serba salah, nak makan lebih supaya berat naik tp takut pula bacaan gula meningkat. Untuk makluman saya belum bertemu dietitian… mungkin appointment berikutnya akan perlu follow up dgn dietitian. Jadi pada pendapat doktor macam mana?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perubahan diet pemakanan untuk ibu yang menghidapi gestational diabetes (kencing manis gestational) yang anda boleh ikuti seperti:
- perbanyakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran
- makan makanan protein dalam kuantiti sederhana
- makan makanan bijiran penuh seperti roti, bijiran sarapan, nasi dan pasta dalam kuantiti sederhana
- kurangkan pengambilan makanan manis seperti air berkarbonat, jus buah-buahan dan pencuci mulut
Anda juga mencuba kaedah ini selain daripada diet yang berkhasiat seperti:
- bersenam selama 30 minit untuk 5 hari dalam seminggu.
- jangan terlepas waktu makan. Sentiasa makan pada waktunya untuk menjaga kadar gula dalam darah.
- jangan lupa memakan vitamin yang diberikan doktor
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut sebelum melakukan langkah seterusnya. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.