
Sulit
5 tahun
Hamil dan cara pemakanan untuk orang hamil
Saya wanita berusia 25 tahun saya hamil anak pertama soalan saya Apakah diet yang sesuai untuk ibu mengandung pertama Bolehkah saya buat diet suku suku separuh berat saya 80 dan tinggi 161 cm

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, pemakanan wanita hamil haruslah sihat dan seimbang. Pemakanan perlu kurang manis dan makanan yang kaya dengan gula bagi mengelakkan kencing manis semasa hamil. Pemakanan suku suku separuh ialah pemakanan sihat. Anda digalakkan untuk mengambil asid folik dalam tempoh trimester pertama.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.