
Anonymous
6 tahun
Hamil dan folic acid
Hai doctor, mohon jawab kekeliruan saya. Saya sedang mengandung 2 bulan, dan doctor di klinik kesihatan memberi saya folic acid 5mg. Dan mensarankan saya untuk mengambil 1 biji selepas makan. Yang menjadi persoalan nya adalah… boleh atau tidak diambil bersama susu? Untuk pengetahuan doctor, saya minum susu anmum. Tq doctor, mohon penjelasan…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, biasanya tiada masalah untuk mengambil folic asid dengan susu. Malah susu adalah baik untuk kesihatan kedua-dua ibu dan anak.
Rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami sebarang masalah dengan pengambilan ubat ini. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.