
Sulit
3 tahun
Hamil Dan ingin memgugurkan
Saya ada anak kecil lagi Dan sekarang mengandung lagi tapi saya belum boleh mengandung sebenarnya kerana saya bersalin di bedah Dan saya ada kencing manis yang tinggi, saya tidak ingin kan kandungan ini sekarang, macam Mana untuk mengugurkannya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, menggugurkan kehamilan adalah salah disisi undang-undang. menggugurkan kehamilan sendiri tanpa nasihat atau pengawasan doktor seperti dengan mengambil ubat boleh menyebabkan pelbagai komplikasi yang membahayakan.
Terdapat banyak kesan sampingan yang yang boleh berlaku akibat pengambilan ubat gugur kandungan di farmasi, iaitu:
- Kekejangan
- Pendarahan yang banyak
- Keletihan
- Sakit payu dara
- Loya dan muntah-muntah
- Demam
- Cirit-birit
- Jangkitan kuman
- Saki baki kandungan yang digugur masih tertinggal di dalam rahim berpotensi untuk menyebabkan jangkitan kuman atau “septic abortion” dan ini boleh mengancam nyawa.
Kami menasihati anda untuk merujuk kepada doktor bertauliah agar anda dapat dibantu. Kami berharap anda tidak gugur kandungan di klinik yang tidak sah atau dengan melakukan perkara-perkara tertentu kerana ia boleh membahayakan nyawa isteri anda.
Anda boleh menghubungi kami mengenai perkara ini supaya kami dapat membantu anda dengan lanjut.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar ibu dan anak.