
Sulit
4 tahun
Hamil dan kesan suntikan depo
Assalammualaikum doctor.saya ingin bertanya.
Saya telah ambil suntikan depo yang Pertama pada bulan 3/2020 dan saya berhenti ambil untuk suntikan seterusnya kerana sepanjang saya mengambil suntikan tersebut, saya period tak berhenti. Dan saya nekad untuk tidak ambil lagi. Setelah berhenti, dari bulan 7 dan 8 ini, saya tak lagi datang period. Untuk makluman, saya sedang berusaha untuk hamil kali ke dua namun bila saya buat upt test dan scan, saya tidak hamil… adakah ini kesan setelah berhenti suntikan depo?dan berapa peratus kebarangkalian untuk hamil selepas berhenti suntikan depo ya? Dan doc ada nasihat atau tips untuk mengembalikan semula/stabilkan hormon badan?saya sebolehnya nak elak dari ambil sebarang jamu atau ubat yg diragui

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai penggunaan pil perancang Depo-Provera sehingga menyebabkan period yang tidak datang.
Untuk makluman anda, Depo-Provera ataupun medoxyprogesterone acetate) ialah sejenis hormon progestin yang synthetic. Terdapat beberapa kesan sampingan yang diketahui yang boleh disebabkan oleh ubat ini iaitu:
- Kenaikan berat badan
- Perubahan kitaran haid (haid berlebihan)
- Sakit perut dan perut kembung
- Sakit kepala dan kepeningan
- Keletihan
- Sakit payu dara
- Rambut gugur
- Sakit sendi atau kepanasan
Selain itu, ubat Depo juga boleh menyebabkan haid tidak datang setelah 4 kali suntikan (1 tahun) dan ia dialami oleh 50% wanita yang mengambilnya. Kebanyakkan nya haid akan mula berkitar selepas 6 bulan atau lebih. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan sekiranya kesan sampingan yang alami semakin teruk dan berpanjangan sehingga tidak terkawal.
Terima kasih