
Sulit
5 tahun
Hamil dan pendarahan
sye berumur 25thn … bru nikah bulan 2 … pada bulan 2 last haid sye 21/2/2020 … kemuadian sye tidak datang haid lagi … baru² ni sye mengalami pendarahan …dan sehingga skrng masih bleesing sudah 3 hari … adakah sye keguguran ? tetapi test hcg masih positif…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, terdapat pendarahan sedikit yang dikenali sebagai spotting dan ia boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Namun, jika pendarahan yang dialami banyak dan berketul, ia boleh menandakan keguguran. Selain itu, pesakit akan mengalami kesakitan pada pinggang atau cramp pada perut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.