
karlboyz85
5 tahun
Hamil dan pernah gugur
Saya baru mengandung lebih kurang sebulan, boleh kah saya makan ubat kuat rahim supaya kandungan saya tidak gugur?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Faktor genetik
- Faktor Faktor Risiko seperti Hyperhyroid, Diabetes
- Jangkitan
- Merokok
Oleh itu, anda disarankan untuk
- Rehat
- Tidak boleh mengankat barang yang berat untuk sekurang kurangnya 2 minggu
- Tidak merokok/ minum alkohol
- Kurangkan minuman berkaffein
- Ambil ubat seperti folic acid dan vitamin, iron.
Kebiasaannya rawatan akan diberikan kepada wanita yang mengalami keguguran melebihi 2 kali.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.