
Sulit
5 tahun
Hamil sakit perut pedih
saya wanita berumur 20+ ,kalau ikut kiraan
kandungan umur 8minggu,saya rasa sakit bawah pusat
Apakah tanda tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat pelbagai sebab untuk kesakitan di bahagian perut. Keracunan makanan dan gastrik merupakan dua sebab penyakit yang menyebabkan sakit perut. Berdasarkan kenyataan anda di atas, terdapat beberapa punca yang menyebabkan sakit perut antaranya termasuk:
- kehamilan luar rahim
- ovarian cyst
- keguguran
• Keracunan makanan – keracunan makanan adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tercemar.
• Gastrik adalah disebabkan oleh kelebihan acid di dalam perut.
• Radang pankreas atau pancreatitis.
• Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
Jika anda mengalami gejala yang sangat serius seperti demam tinggi, pendarahan berketul, cirit-birit yang tidak berhenti, tahi yang hitam atau sakit perut yang teruk, anda harus pergi ke jabatan kecemasan dengan segera untuk mendapatkan rawatan.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.