
Sulit
4 tahun
Hamil Selepas Ectopic Pregnancy
Hi doctor. Have a good day. Pada tahun 2018 sy mengalami Ectopic Pregnancy dimana right tube tlh dibuang…Baru tadi cek upt positif. Soalan sy, sy perlu ke KK dulu utk buka buku pink atau trus berjumpa pakar kerana sejarah kehamilan sy ini. Tq doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, jika anda berhasrat untuk mengunjungi mana-mana klinik kesihatan atau klinik berhampiran, anda boleh melakukan hal sedemikian bagi menjalani pemeriksaan kehamilan. Pertanyaan mengenai sejarah kehamilan anda sewajarnya diajukan kepada anda oleh petugas kesihatan. Justeru, sila nyatakan sejarah kehamilan anda. Rujukan kepada pakar akan diberikan kepada anda pada waktu atau kondisi yang memerlukan. Anda juga boleh memilih untuk berjumpa langsung dengan doktor pakar ibu dan anak untuk mendapatkan khidmat penerangan dan nasihat daripada pakar. Ia terserah kepada anda.
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih