Anonymous
4 tahun
Hamil selepas period
hi doktor, sy berusia 27thn dan telah berkahwin pd feb yg lalu… sy musykil mengenai kiraan kehamilan… ini kerana sy didapati positive hamil 4minggu padahal pd 10may ialah last period sy… sy dtg period seperti biasa selama 7hari (4may - 10may)… adakah ketika period itu sy sudah hamil? mcmne kiraan dibuat? adakah kesan sampingan terhadap janin sy? harap doktor dpt membantu… terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap kandungan anda.Terdapat beberapa punca yang boleh meyebabkanya.Antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormone
Oleh sebab and sedang mengandung pada masa kini, jadi amatlah disarankan untuk anda mendapatkan pandangan doktor dalam hal ini.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih