
Anonymous
5 tahun
Hamil semula setelah 12 tahun
Sy berusia 45 tahun. Ingin hamil semula selepas 12 tahun anak yg bongsu. Sy mengidap kencing manis dan darah tinggi tanpa pengambilan sebarang ubat. Sy juga mengidap pastular psoriasis dan dlm treatment methotrexate 2.5mg dan folic acid 5 mg serta suntikan ustekinumab 4 mg. Apakah persediaan yg perlu sy lakukan utk hamil semula?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebagai persediaan untuk hamil semula, anda perlu minta pendapat/nasihat daripada doktor tentang ubat-ubat yang anda makan bagi masalah psoariasis. Disebabkan ubat yang anda makan,contohnya, methotrexate adalah dikategorikan sebagai ubat teratogenik kepada kehamilan. Teratogenik adalah istilah medikal yang bermaksud terjadinya perkembangan tidak normal dari sel selama kehamilan yang memberi kesan kepada embrio sehingga pembentukan organ-organ berlangsung tidak sempurna (terjadi cacat lahir).
Berkenaan dengan darah tinggi dan kencing manis anda,ia adalah lebih baik jika bacaan gula dan tekanan darah dalam kawalan sebelum dan semasa kehamilan.Anda boleh membuat pemeriksaan untuk kencing manis dan darah tinggi di klinik untuk pastikan ia dalam kawalan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.