
Sulit
4 tahun
Hamil setelah makan postinor
Hi. Saya telah makan postinor pada pertengahan january dan telah datang period pada 1 february. Kemudian saya ada ambil postinor lagi pada pertengahan february. Namun period saya delay pada bulan march. Jadi pada 13 march saya telah buat pregnancy test, dan result nya negative. Selepas itu selang sehari saya ambil postinor lagi. Bila 21 march masih belum period, saya cuba buat pregnancy test lagi. Dan result nya positive. Bagaimana saya masih boleh pregnant setelah ambil postinor? Ada effect apa apa pada baby saya ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, pengambilan pil perancang kecemasan memiliki sebanyak 85% potensi untuk mencegah kehamilan. Keberkesanan juga bergantung kepada masa pengambilan, dimana paling lambat diambil dalam masa 72 jam setelah berhubungan seksual. Namun, walaupun sangat jarang, ada segelintir kes kehamilan dilaporkan. Pil perancang kecemasan tidak mempunyai kesan terus kepada bayi, namun, terdapat risiko yang berkaitan dengan pengeluaran susu badan.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih