
Sulit
3 tahun
Hamil tanpa datang Bulan Lepas melahirkan
Saya herumur 43 thn…Ada anak 8 .anak bongsu saya 1 thn ++ saya khuatir saya Hamil …saya X nk Hamil lagi. Saya makan ubat traditional n jamu n guna condom jika bersama… saya nk gugurkan jika Hamil …ubat sesuai utk saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Kami memahami kerisauan anda yang khuatir anda hamil. Kami akan cuba membantu anda.
Antara tanda-tanda awal kehamilan adalah :
- Haid lewat
- Mual / loya
- Muntah
- Perubahan pada payudara dan puting
Untuk mengetahui sama ada anda hamil atau tidak, anda boleh mengambil ujian UPT untuk mendapatkan kepastian. Sekiranya anda hamil, anda tidak boleh menggugurkan kandungan kerana ia adalah salah dari sisi undand-undang melainkan jika kehamilan tersebut boleh membahayakan kesihatan ibu. Kami menasihatkan anda untuk tidak gugurkan kandungan dengan mengambil ubat tanpa rujukan doktor kerana ia boleh mengakibatkan kesan sampingan yang teruk.
Selain itu, penggunaan condom adalah salah satu kaedah untuk mencegah kehamilan. Memandangkan anda tidak ingin hamil lagi, anda boleh mendapatkan nasihat doktor mengenai kaedah perancang yang lebih bersesuaian dengan anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan