
emmajaafar012
5 tahun
Hamil tp haid sikit2
Baru2 ni sya tes kehamilan sah positive hamil hari ni 24/5 lepas berbuka ada darah mcm haid ada kah saya haid dan tak hamil

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap kandungan anda.Terdapat beberapa punca yang boleh meyebabkanya.Antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Keguguran yang terancam: anda mungkin diberitahu bahawa anda mempunyai keguguran yang terancam jika anda mengalami pendarahan atau kekejangan di bahagian bawah abdomen
- Kehamilan ektopik:hal ini berlaku apabila telur yang telah disenyawakan tertanam di luar rahim, selalunya dalam tiub Fallopian.
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Oleh sebab and sedang mengandung pada masa kini, jadi amatlah disarankan untk anda mendapatkan pandang doktor dalam hal ini.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih