
Sulit
3 tahun
Hamil usia 5 minggu dan merupakan seorang perokok tegar
Hi doctor. Baru2 ni saya baru dapat tahu saya hamil 5 minggu. Sebelum ni saya seorang perokok tegar dan sering minum alkohol dlm kuantiti yg banyak sehingga mabuk. adakah ianya memberi kesan kepada kandungan saya? bagaimana cara utk mengetahui kandungan sy selamat dan sihat?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kerisauan anda mengenai kehamilan anda kerana anda ialah seorang perokok tegar dan sering minum alkohol. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, rokok dan alkohol boleh memberikan kesan kepada kandungan, terutamanya pada awal kehamilan. Antara kesan sampingan alkohol dan rokok pada kandungan ialah :
- Komplikasi otak kerana kekurangan oksigen
- Kecacatan congenital fizikal
- Berat janin kurang daripada normal
- Kematian dalam rahim
- Kelahiran pra-matang
Kami menasihatkan anda untuk mematuhi temujanji antenatal seperti yang ditetapkan untuk memastikan perkembangan bayi anda tidak terjejas. Anda juga harus berhenti merokok dan meminum alkohol serta-merta. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubung doktor kami secara atas talian untuk konsultasi peribadi.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.