
athieqaazwaazman
5 tahun
Hampir 4 bulan tak period, makan ubat turun darah tak berhasil jugak
Doktor, saya nak tanya berkenaan masalah saya. Last period saya 4/6. Hampir 4 bln xperiod. Dah cek xpregnant. Dr dh bg ubat utk turun darah dan saya pun ada beli jenis lain kt farmasi. Tapi haid masih xkeluar. Macam mana ye doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak datang ini boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Pengambilan ubat untuk turun haid ini memerlukan masa untuk memberikan kesan kepada anda. Oleh itu, anda disarankan untuk meneruskan jadual pengambilan ubat tersebut disamping memastikan gaya hidup yang sihat dan kurang stres. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.