Sulit
4 tahun
Hanya haid dalam 2 hingga 3 hari sahaja
saya remaja perempuan berumur 17 tahun. sejak dari bulan lepas saya hanya haid dalam 2-3 hari sahaja. adakah kitaran haid saya normal? jika tidak boleh saya tahu tips untuk mengurangkan masalah ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 21-35 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Merujuk kepada penjelasan anda, kemungkinan besar jangka haid anda selama 2-3 hari adalah masih normal.
Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Terima kasih.



























