
Sulit
4 tahun
Hari kedua mengalami sakit dibahagian abdomen secara on/off dan bleeding
Salam doc,
Saya mempunyai masalah seperti sakit di bahagian abdomen secara on off setiap hari. Bleeding tapi tidak memenuhi tuala wanita saya . Saya sudah bejumpa dengan doc di kawasan saya dan dia menyatakan bahawa itu bukan keguguran malah itu normal. Saya jadi keliru doc tentang masalah yang saya hadapi ini . Kandungan saya usia 6 minggu 3 hari. Adakah kandungan saya terancam atau selamat doc ? Sebab adanya bleeding dan sakit di bahagian abdomen secara on off setiap masa dan hari telah membuat saya menjadi tanda tanya . Hari ini adalah hari kedua saya mengalami benda yang sama doc . Mohon penjelasan dari doc .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat Sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Seramai 20% wanita yang mengandung akan mengalami pendarahan iaitu dikatakan vaginal spotting terutamanya dalam awal 12 minggu tersebut (first trimester ).Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada perkara ini iaitu:
- pendarahan semasa implantasi
- pendarahan akibat hubungan seksual
- pendarahan akibat mengangkat objek berat
Namun begitu , jika ia berterusan dan anda menagalami sakit pinggan adalah amat disyorkan anda untuk mendapatkan nasihat doktor.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini DoctorOnCalluntuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih