
syasyamyra17
5 tahun
Have most of the symptoms but I have no closed contact with the positive covid-19 and Im not travelling to the infected area.Is it possible for me to be infected?
Saya rasa sakit dan ketat pada bahagian dada lebih kurang seminggu lebih.Sepanjang minggu,badan dan sendi-sendi saya rasa sakit.Hari rabu yang lepas,saya ada pergi ke klinik dan dr minta saya ambil gas and they prescribed me bromhexine and ketotifen.And I have no history of asthma.Saya dah consume ubat but kahak ada kurang sikit tapi still batuk,sore throat dan rasa ketat dan sakit sikit kat dada. Saya dah buat test self assessment and it said I have a risk minimal.Saya juga rasa sangat sakit kepala dan badan sudah mula rasa nak panas.Ubat yang saya makan cuma kurangkan sikit kahak saya tapi masih ada lagi.Im worried a bit of myself

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan yang anda hadapi kerana gejala kesukaran bernafas yang anda hadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan virus seperti influenza
- asma
- copd
- jangkitan kuman pada paru-paru
Memandangkan gejala yang anda alami tidak menunjukkan sebarang perubahan walaupun telah mengambil rawatan dan ke klinik, sila rujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini