
zulhadi.zainal88
4 tahun
Health screening test
Hi. Saya ingin mendapatkan advise dari doctor. Sekiranya saya bercadang ingin membuat appointment utk health screening dan dalam senarai test yang dilakukan, saya ingin membuat checkup/test berkaitan dengan simptom kekerapan pening kepala dan lenguh-lenguh dibahagian kepala, apakah nama specifik test tu yang perlu saya semak untuk memastikan test berkenaan ada didalam senarai test sesuatu package untuk health screening? Mohon makluman

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Untuk makluman anda, bagi megetahui lebih lanjut mengenai gejala yang anda alami atau health screening terhadap keadaan anda, anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor. Hal ini kerana pelbagai sejarah kesihatan perlu ditanyakan kepada anda. Dengan konsultasi bersama doktor, secara tidak langsung doktor akan melakukan pemeriksaan / check up untuk mengenal pasti punca masalah yang anda alami. Untuk memberikan nama test secara spesifik, ianya memerlukan penjelasan lanjut mengenai gejala yang anda alami selain maklumat tentang rekod kesihatan anda sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Anda tiada masa untuk pening kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Walaubagaimanapun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.