
Sulit
3 tahun
Hear murmur sound masalah jantung dari lahir
Bayi saya dari lahir mempunyai masalah heart murmur jadi susu formula apakah yang sesuai dengan bayi saya yang berusia 8bulan ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk makluman anda, anda boleh merujuk kepada pakar kanak-kanak akan susu bersesuaian dengan anak anda sebagai makanan tambahan dan masa serta jumlah yang sesuai untuk diberikan kepada anak anda. Hal ini kerana anak anda mempunyai masalah jantung pada usia 8 bulan dan dari segi pemakanan, anak anda memerlukan nasihat pakar bagi memastikan penerimaan nutrisi yang mencukupi dan selamat.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan yang diperlukan. Terima kasih