Anonymous
7 tahun
Heartbeat fast than usual
Saya wanita 20an. Sejak kebelakangan ini, saya sering merasakan jantung saya berdegup dgn laju dan ianya tidak normal. Ia sedikit sebanyak menggangu keadaan saya ketika ingin tidur. Saya berharap Dr dapat membantu.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Jantung berdegup laju atau dipanggil sebagai tachycardia, disebabkan oleh kegangguan pada impuls elektrik biasa yang mengawal kadar pengepaman jantung anda. Banyak perkara boleh menyebabkan atau menyumbang kepada masalah pada sistem elektrik di jantung. Ini termasuk:
- Kerosakan tisu jantung akibat penyakit jantung
- Laluan elektrik yang tidak normal dalam jantung semasa kelahiran (keadaan jantung kongenital, termasuk sindrom QT yang panjang)
-Penyakit atau kelainan kongenital jantung
-Anemia
-Senaman
-Tekanan mendadak, seperti ketakutan
-Tekanan darah tinggi atau rendah - Merokok/Minuman berkafein
- Demam
Jadi saya cadangkan anda ,untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link di bawah untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!






























