elinamairalee
6 tahun
Hentikan pengambilan pantoprazole
saya penghidap GERD, diberi preskripsi PPI (pantaprazole) dan antacid bagi merawat GERD. Setelah hampir seminggu menerima rawatan, GERD saya semakin berkurang, persoalan saya, perlukah saya hentikan pengambilan ubat ini apabila sudah sembuh atau saya perlu habiskan juga ? Untuk pengetahuan doktor, pengambilan ubat ini hanya boleh diambil sehari sekali sahaja, dan saya terpaksa hentikan pengmbilan bukan hanya kerana saya berasa sedikit baik, tetapi kesan sampingan (cirit birit) yang menyebabkan saya hentikan sementara. Adakah cara ini selamat? Terima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Ubat Pantaprazole adalah sejenis proton pump inhibitor yang mengurangkan produksi asid di dalam perut.Seperti yang anda nyatakan salah satu kesan sampingan ubat tersebut adalah cirit birit dan jikalau anda mempunyai niat untuk berhentikan pengambilan ubat tersebut adalah amat disarankan untuk anda mendapatkan nasihat daripada doktor. Hal ini kerana jikalau anda berhenti secara tiba tiba, gejala- gejala yang anda alami boleh berkemungkinan timbul semula ataupun menjadi lebih teruk
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih





























