
Sulit
5 tahun
Hepatitis semasa hamil?
Normal ka bacaan ALT saya 59 ? Atau terlalu tinggi? Saya skrg tgh hamil 33w . Sdg menunggu result seterusnya tp still mahu tahu . Knpe boleh jd. Andai saya kene hepatitis ? Sejak bila virus ni berada di bdn saya? Adakah akan berjangkit dgn anak bakal lahir?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, saya tidak boleh mengulas dengan penuh tanpa keputusan keseluruhan darah dan air kencing anda. Namun, bagi wanita hamil, terdapat pelbagai sebab kepada ALT yang meningkat. Ia boleh disebabkan masalah pre-eclampsia iaitu tekanan darah tinggi yang melibatkan buah pinggang, radang hati.
Radang hati mungkin boleh disebabkan virus, disebabkan darah tinggi, Sindrom HELPP lebih-lebih lagi jika anda mempunyai darah tinggi atau protein dalam air kencing dan pelbagai lagi. Virus pula bergantung kepada jenis B atau C. Virus ini boleh didapati melalui transfusi darah, ibu ke anak dan sebagainya. Namun, sekali lagi saya nyatakan, jangan membuat sebarang spekulasi samada keradangan hati yang mungkin anda alami disebabkan virus. Hal ini kerana rawatan ketiga-tiga punca diatas adalah berbeza.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.