
Sulit
4 tahun
Hernia (angin pasang)
saya pernah mengalamk hernia , dan saya melakukan pembedahan hernia , dan saya dapat tahu apabila pembedahan hernia doktor akan memasang jaring dalam badan saya adakah betul atau tidak ?
apakah kesan sampingan apabila saya bersalin , ada kesan sampingan ke ?
angin pasang hernia akan datang balik pada waktu bila ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, bergantung kondisi hernia anda, pakar bedah akan menilai pilihan yang terbaik untuk penyembuhan anda.
Jaring yang anda nyatakan ataupun dalam bahasa perubatan ialah mesh boleh diletakkan untuk memberikan sokongan dan selalunya akan digunakan pada hernia yang besar supaya hernia tidak berlaku lagi. Namun jika, hernia anda kecil, pakar bedah akan melakukan jahitan pada bahagian otot yang lemah yang menjadi kawasan hernia terkeluar tanpa menggunakan mesh.
Jika doktor anda menggunakan mesh untuk pembedahan hernia anda, kemungkinan ia boleh otot abdomen anda kurang fleksibel dan boleh menyebabkan kesakitan ketika bersalin.
Bergantung pada jenis hernia yang berlaku dan kaedah yang pakar bedah lakukan untuk merawat hernia anda, hernia boleh datang balik tetapi dalam peratusan yang rendah jika anda mengelakkan diri daripada faktor yang menyebabkan hernia kembali semula.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.