
Sulit
3 tahun
Herpes/Cold Sore untuk budak - budak Bahaya ke?
Macam mana nak confirmkan anak saya terjangkiti herpes/cold sore? Bibir bawah dia kering, berbiji2 di tepi bibir… Saya pergi kpj, MA cakap anak saya herpes. type 1

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anak anda hadapi iaitu kulit yang pedih, gatal, berbiji, kering dan sakit di sekitar bibir. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
- kulit yang kering
- dermatitis perioral
- eczema
- contact dermatitis
- alahan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui rawatan yang tepat buat anda, punca sebenar masalah ini haruslah diketahui terlebih dahulu.
Buat masa sekarang, anda dinasihatkan untuk patuh kepada rawatan yang diberikan oleh doktor dan menjauhi pencetus yang memperburuk lagi gejala anda seperti makanan laut.
Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih