
Sulit
4 tahun
Hi doctor, saya wanita berusia 21 tahun dan sudah berkahwin serta membuat family planning
Semalam saya mengadakan seks bersama suami tanpa menggunakan kondom, suami telah melakukan kaedah pancut luar untuk mengelakkan saya dari hamil. Namun, semalam cecair ejakulasi beliau terkena sedikit pada pangkal peha saya dan saya terus mencuci bahagian yang terkena tersebut. Pagi ini saya dapati terdapat cairan pekat iaitu lendir kehijauan keluar dari vagina saya. Adakah ini bermakna saya sedang dalam fasa yang subur dan mungkinkah saya bakal hamil?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kemungkinan kehamilan sentiasa ada selepas melakukan hubungan seksual tetapi lebih tinggi pada waktu ovulasi. Bagaimanapun pengesahan hanya dapat dibuat dengan pemeriksaan dengan doktor atau melalui kit kehamilan. Sebelum anda menjalani ujian kehamilan, anda mungkin dapat mengalami gejala awal. Antara tanda-tanda awal kehamilan termasuk:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
- Sembelit
- Kekejangan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
- Perubahan emosi atau mood
- Mengidam pelbagai jenis makanan
- Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
- Peningkatan berat badan
- Sakit kepala
- Sakit belakang
- Pening
- Kerap membuang air kencing
- Bengkak pada kaki (edema)
- Kesukaran untuk tidur
- Pedih ulu hati
- Kontraksi yang sederhana
Tanda-tanda awal ini mungkin berlainan untuk setiap wanita. Sesetengah wanita mungkin mengalami gejala yang berbeza untuk setiap kehamilan. Sebagai contoh, anda mungkin mengalami “morning sickness” semasa mengandung anak pertama anda tetapi tidak semasa anda mengandung kali kedua. Gejala kehamilan awal bukanlah satu-satunya sumber pengesahan kehamilan anda. Banyak tanda-tanda ini juga berkaitan dengan keadaan kesihatan yang lain, termasuk sindrom pramenstruasi (PMS).
Berdasarkan keterangan anda, pengeluaran lendir kehijauan daripada alat sulit anda berkemungkinan jangkitan bakteria ataupun jangkitan penyakit seksual.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih!