
Anonymous
5 tahun
Hi doctor… Sy amira… Sy telah Berkahwin slama 2 tahun… Sy ingin bertanya tenang masalah period saya
Sejak 4 bulan ni saya selalu dtg period lambat…kadang2 lewat 1 minggu… Lewat 10 hari… And untuk bulan ni pon Sy masih belum dtg period… Adakah ini tanda2 saya pregnant?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Antara tanda-tanda awal kehamilan termasuk:
-Tidak datang haid
-Keletihan
-Mual
-Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
-Payudara yang sakit dan semakin membesar
-Sembelit
-Kekejangan
-Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
-Perubahan emosi atau mood
-Mengidam pelbagai jenis makanan
-Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
-Peningkatan berat badan
-Sakit kepala
-Sakit belakang
-Pening
-Kerap membuang air kencing
-Bengkak pada kaki (edema)
-Kesukaran untuk tidur
-Pedih ulu hati
-Kontraksi yang sederhana
Tanda-tanda awal ini mungkin berlainan untuk setiap wanita. Sesetengah wanita mungkin mengalami gejala yang berbeza untuk setiap kehamilan. Gejala kehamilan awal bukanlah satu-satunya sumber pengesahan kehamilan anda. Banyak tanda-tanda ini juga berkaitan dengan keadaan kesihatan yang lain, termasuk sindrom pramenstruasi (PMS).
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih