Sulit
3 tahun
HI dr sy pernah buat breast filler. Akibat trpedaya sy telah mencuba dan kini saya hamil. Apekah akan beri effect? Ada ketulan yg tidak cair tp tidak mnyakitkan dn tiada sebarang impact dimasa ini jd apekah kebarangkalian sarann dr?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, breast filler merupakan salah satu teknik kecantikan diri dengan memasukkan bendasing; kebiasaannya gel ke dalam payudara untuk membuatnya nampak lebih tegang dan besar. Sekiranya ia dilakukan oleh doktor pakar pembedahan plastik, kebanyakannya adalah selamat kerana ia dilakukan dalam keadaan sterile (bersih).
Berikut merupakan antara kesan sampingan breast filler:
- Jangkitan kuman
- Filler tersebut pergi ke kawasan lain (dislocation)
- Degradasi filler terlalu awal
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor pakar untuk diperiksa kerana keadaan ini perlu diberikan perhatian dan intervensi atau rawatan akan dilakukan sekiranya perlu.
Anda juga boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci daripada doktor kami di atas talian. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.