
Sulit
3 tahun
Hiatal hernia , gerd & antral gastritis
Hi doc, saya wanita 27 tahun.
Saya disahkan menghidap hiatal hernia, gerd dan antral gastritis pada mei lalu di hospital swasta. Sepanjang tempoh sebelum dan selepas diagnosa itu, saya mengalami sakit pada bahagian perut dan muntah yg kerap. Saya juga telah beberapa kali ke klinik untuk masalah ini namun tetap begitu sahaja. Sehingga penghujung july lepas. Saya tidak dapat bertahan sakit dan terus ke etd dan disahkan appendix kerana sakit itu telah menjalar ke bahagian bawah kanan dan terus dibedah pada hari itu. Namun pada beberapa hari ini, sakit di bahagian tengah perut(bawah diaphragm) masih berlaku seperti kejang/menbawa batu. Apa yg perlu saya lakukan?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda telah diberi diagnosis masalah hiatal hernia, GERD dan antral gastritis. Anda juga telah dibedah untuk apendiks. Kini sakit perut tersebut masih berlaku. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, sakit perut bawah diaphragm yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Masalah gastritis atau GERD berulang semula
- ulser perut
- Kanser pankreas
Berikut merupakan senarai umum. Kami tidak dapat memberi diagnosis tepat kerana tiada perincian simptom, pemeriksaan fizikal atau ujian klinikal. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada doktor kami secara atas talian.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar gastroenterologi