
Sulit
3 tahun
Hidung anak sering tersumbat
hidung anak saya berumur 10 tahun kerap kali tersumbat. apakah puncanya dan cara untuk mengatasinya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah hidung tersumbat yang dialami oleh anak anda. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anak anda alami seperti:
- Alahan
- Benda asing di dalam saluran nafas
- Kekurangan rehat atau komplikasi dari gangguan tidur
- Stres
- Perubahan cuaca
- Kekurangan air
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Trauma ataupun luka didalam struktur hidung
- Penyakit asma
- Polip hidung
- gangguan cemas
- kelainan struktur rongga hidung
- Pertumbuhan sel jinak mahupun ganas
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.