
Sulit
3 tahun
Hidung baby tersumbat
salam doc…baby sye sering terjadi hidung tersumbat tp dia x selsema atau batuk…hingus dia jadi pekat dan ssah utk bernafas…nafas dia agak laju…baby saye sukar tidur nafasnya ada bunyi…bila sye suluh lubang hdung bby sye…dh trsmbat dengan hingus pekat…doc kenape hidung bby sye serng trsumbat dan hingus jadi pekat dan bagaimna cara untuk merawat bby sye doc…skrg bby sye dh nk msuk 2 blan

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami kebimbangan anda terhadap anak anda yang sedang mengalami hidung tersumbat dan menyebabkan kesukaran untuk bernafas, adakah ini betul? Jangan risau kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan gejala hidung tersumbat pada seseorang bayi seperti:
- Asap rokok
- Jangkitan virus
- Udara kering atau cuaca panas
- Alahan
Namun, gejala ini juga boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius seperti:
- Asma
- Pneumonia (Radang paru-paru)
Disebabkan bayi anda mempunyai masalah susah bernafas, anda digalakkan untuk merujuk perkara ini dengan doktor dengan segera.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor