
Sulit
4 tahun
Hidung berair dan gatal di tekak
Saya wanita berumur 17 tahun. Dan pada hari ini, hidung saya kerap kali mengeluarkan cecair be warna putih. Tetapi ianya hanya sebalah kanan hidung sahaja.ianya sudah berlaku daripada semalam lagi cuma harini ianya berair non stop. Serta tekak saya agak gatal dalam seminggu ini. Selain itu, dalam rongga hidung belah kanan saya, ada sedikit pedih dekat dalam tu bila ditekan di tulang hidung atau pun me masukkan sedikit jari.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah yang anda alami ini boleh berkaitan antara satu sama lain atau tidak.
Masalah hidung berhingus ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Allergi
- Jangkitan bakteria atau virus
- Alahan
Manakala masalah sakit tekak ini boleh disebabkan oleh:
Jangkitan bakteria/virus
Tekak luka akibat batuk
Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
Terlalu banyak menjerit atau bercakap
Kurang minum air
Buat masa sekarang, saya sarankan anda melegakan rasa tidak selesa ini dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenges
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.