
Sulit
4 tahun
Hidung berdarah.Anak saya menglami hidung berdarah dan saya telah tersalah teknik untuk menghentikan pendarahan tersebut.apa yg pwrlu saya lakukan dan adakn ank saya dlm keadan bahaya
Anak saya mengalami hidung berdarah smlm dan say telah menyuruh dia mendonggakan kepala untuk menghentikan pendarahan tersebut.adalan tindakan saya betul dan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, cara menangani hidung berdarah dalam kanak-kanak adalah seperti berikut:
- Duduk atau berdiri
- Jangan dongakkan kepala tetapi tundukkan kepala ke hadapan dan picit hidung anak anda di bawah bahagian tulang hidung. Langkah ini akan membantu menghentikan pendarahan dalam masa 10 minit sekiranya anda terus mengaplikasikan tekanan di bahagian hidung yang telah dinyatakan.
- Ambil tisu atau kain yang lembap untuk mengelap darah yang terkeluar
- Jangan hembus hidung anda
Sekiranya anda mendongakkan kepala anda anda, darah ini boleh mengalir ke dalam kerongkongnya lalu menyebabkan anak anda batuk atau tercekik. Anda perlu berjumpa doktor apabila langkah yang disarankan di atas tidak berkesan walaupun setelah 2 kali cubaan. Elakkan mengangkat berat atau aktiviti yang menyebabkan anak anda meneran.
Hidung berdarah adalah sangat lazim dan boleh mempunyai beberapa punca:
- Udara kering
- Selsema
- Trauma pada hidung akibat menghembus hidung terlalu kuat atau kerana mengorek hidung
- Pengambilan ubat alahan
Anda harus berwaspada sekiranya anak anda telah mengalami banyak episod hidung berdarah dan membawanya ke doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.