Sulit
2 tahun
Hidung berdarah dan berfungsi sebalah lubang sahaja
Hi doc. Saya terjatuh, tersungkur, hidung terkena di palang longkang besi, berdarah, hujan lebat, sejak itu hidung saya hanya berfungsi sebelah lubang sahaja. Adakah ia serious?. Menakutkan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Berdasarkan kondisi anda, jika hidung anda masih berdarah, anda dinasihatkan untuk melakukan kaedah mudah seperti memicit hidung selama 5 hingga 10 minit untuk berhentikan pendarahan atau anda juga boleh meletakkan ais pada hidung dan ini juga boleh membantu menghentikan pendarahan. Fungsi hidung akan sedikit terganggu akibat pendarahan yang terjadi. Namun, sila berjumpa dengan doktor jika anda mengalami:
- Pendarahan berlebihan dan tidak berhenti.
- Pendarahan hidung terjadi selepas trauma/kemalangan.
- Gangguan pernafasan sebagai simptom tambahan
- Pendarahan lebih daripada 15 minit walaupun sudah mencuba setiap rawatan di rumah.
- Rasa hendak pitam akibat pendarahan berlebihan.
Untuk info lanjut, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih