
Sulit
3 tahun
Hidung gatal dan mata bengkak
Hello doktor. Saya nak tanya, sejak beberapa bulan ni hidung saya selalu gatal. Kadang-kadang tu rasa macam ada benda bergerak dekat area hidung saya and sekarang rasa macam ada benda bergerak dekat dahi saya tapi sebenarnya takda apa pun. Lepastu mata saya dah 2 kali bengkak sebelah kanan. Mata gatal dan bengkak tak tau sebab apa. Boleh doktor bagitau apa yang saya alami sekarang? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami masalah kegatalan pada hidung dan mata sebelah kanan gatal dan bengkak sebanyak 2 kali. Kami akan cuba membantu anda.
Oleh kerana maklumat yang diberikan dalam keterangan tidak cukup untuk kami membentuk diagnosis yang tepat, kami akan menjawab soalan ini secara umum.
Masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh beberapa perkara :
- Alahan
- Masalah sinusitis (radang hidung)
- Jangkitan pada saluran pernafasan
- Polip hidung
- Conjunctivitis
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya dapat memastikan punca masalah anda dan seterusnya mendapatkan rawatan. Anda boleh berhubung dengan pakar ENT kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.