Sulit
4 tahun
Hidung kerap berdarah
Hi Doctor,
Hidung saya kerap berdarah (sebulan sekali) sejak tahun lepas… bila berdarah, a few minutes later akan jadi beku. saya biarkan tisu dihidung sampai darah beku tu keluar & darah terus stop. Adakah ni masalah penyakit berbahaya ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- pendedahan kepada udara panas yang hangat untuk tempoh masa yang lama,
- jangkitan hidung dan sinus,
- rinitis alergi,
- badan asing hidung (benda yang tersangkut di hidung),
- septum hidung menyimpang atau berlubang
- penggunaan kokain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.