
Sulit
4 tahun
Hidung Kerap Tersumbat Walau Tidak Selsema
Saya kerap mengalami masalah hidung tersumbat sejak akhir-akhir ini. Adakah ianya perkara biasa atau saya perlu ke klinik? saya tidak mengalami selsema. Ianya juga berlaku setiap kali saya bangun selepas meniarap.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah hidung tersumat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan rhinitis
- Alahan kepada persekitaran
- Ketumbuhan seperti polip
- Keradangan sinus
- Masalah struktur hidung
Penyakit diatas kesemuanya menyebabkan hidung tersumbat. Maka, saya memerlukan maklumat lanjut untuk mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.