Sulit
2 tahun
Hidung macam tersumbat
Hai doc… Saya zura umur 31. Saya rasa macam hidung tersumbat dan rasa macm tertarik dari tengkuk bawak keatas kepala… Ape punca ye doc tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah hidung tersumbat disertai dengan rasa tertarik daripada tengkuk bawak keatas kepala. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- Alahan
- Benda asing di dalam saluran nafas
- Kekurangan rehat atau komplikasi dari gangguan tidur
- Stres
- Perubahan cuaca
- Kekurangan air
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Trauma ataupun luka didalam struktur hidung
- Penyakit asma
- Polip hidung
- gangguan cemas
- kelainan struktur rongga hidung
- Pertumbuhan sel jinak mahupun ganas
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.