
Sulit
4 tahun
Hidung melelh selepas buat swabtest
Sy are buat swabtest kali ke dua…selepas buat swabtest hidung sy meleleh

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, reaksi yang dialami oleh anda merupakan reaksi normal kerana terdapat bendasing yang dimasukkan ke dalam rongga hidung anda. Gejala ini akan hilang dalam masa beberapa jam.
Selain itu, gejala hidung berhingus juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Radang sinus (sinusitis)
- Jangkitan saluran pernafasan atas (upper respiratory tract infection)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya gejala yang dialami berlarutan, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.