Sulit
3 tahun
Hidung saya kerap berdarah, membuat saya tidak selesa
Sya lelaki 29 kerap hidung berdarah 2week skali, malah kerja saya diluar kawasan outdoor, kadang2 duduk tempat beraircond.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu hidung berdarah. Untuk makluman anda, hidung mudah berdarah ketika cuaca panas, namun cuaca sejuk juga boleh menyebabkan gejala ini. Udara yang sejuk dan kering menyebabkan kerengsaan terhadap saluran darah pada hidung. Sebab inilah anda merasa pedih apabila bernafas dalam cuaca sejuk seperti di dalam bilik berhawa dingin atau ketika musim sejuk di negara-negara 4 musim. Terrdapat beberapa lagi penyebab hidung berdarah seperti hentakan pada hidung, mengorek hidung dengan tekanan yang kuat dan juga menghembus hidung dengan terlalu kuat.
Cara merawat hidung berdarah yang boleh dilakukan di rumah:
- Tenangkan diri, jangan panik dan duduk dalam posisi tegak.
- Picit batang hidung dan tundukkan kepala ke hadapan. Lakukan ini selama 10 minit.
- Jika pendarahan belum berhenti selepas 10 minit langkah di atas dilakukan. Ulang semula langkah ini.
- Jika pendarahan masih tidak berhenti selepas 30 minit, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital.
- Selepas pendarahan berhenti, anda boleh tuam hidung dengan ais. Elakkan dari menuam terlalu lama bagi mengelakkan kerengsaan pada kulit.
Jangan lakukan perkara di bawah:
- Berbaring atau mendongakkan kepala
- Menyumbat hidung dengan tisu, kapas atau kain
- Menghembus hidung atau mengorek hidung
- Makan makanan panas atau pedas boleh menyebabkan hidung kembali berdarah
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda .
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.