
Sulit
3 tahun
Hidung saya tesumbat
hye doktor hidung saya sds tesumbat selama 3 minggu dan telinga saya pandai tesumbat secara tiba2.apakah penyakit saya ini merbahaya doktor?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai gejala telinga tersumbat pada kedua-dua pasang telinga dan juga hidung anda. Untuk makluman anda, simptom-simptom tersebut mungkin berkait rapat antara satu sama lain ataupun tidak. Oleh itu, jawapan yang dapat kami beri hanyalah secara umum mengenai masalah yang anda alami.
Selalunya, telinga yang tersumbat adalah disebabkan oleh penyakit bahagian hidung atau selsema yang boleh merebak ke tiub salur eustachio, iaitu sebuah organ yang mengawal tekanan dalam kawasan gegendang telinga. Terdapat beberapa sebab telinga tersumbat ketika selsema iaitu:
- Alahan sinus yang merebak ke salur tiub Eustachio
- Jangkitan kuman
- Penyakit resdung
- Penyakit keradangan sinus (sinusitis) atau hidung (rhinitis)
- Kanser nasofaring
Bagi mengurangkan gejala tersebut, anda boleh mencuba:
- Ubat resdung
- Basuh hidung dan keluarkan hingus
- Elak kawasan yang terlalu kering
- Jauhkan diri daripada bahan-bahan yang boleh menyebabkan alahan.
- Kurangkan merokok
- Minum air banyak, terutamanya ketika waktu petang
Kami memerlukan maklumat lanjut mengenai sejarah kesihatan anda serta simptom-simptom lain bagi mengenal pasti masalah anda dengan tepat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang berdekatan. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan serta nasihat dan perawatan lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor