eyrajaafar
4 tahun
Hidung sering tersumbat
Assalamualaikum doktor. anak saya sering mengadu hidung tersumbat terutama bila bangun tidur. kadang tengah tidur pun bila terjaga dia bising hidungnya tersumbat sedangkan dia tak selsema pun… apa pendapat doktor? perlu ke saya bawa anak ke klinik pakar?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anak anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Resdung - alahan pada debu atau habuk bilik
- Masalah polip dalam hidung - iaitu ketumbuhan yang tidak berbahaya dalam hidung
- Penyakit asma
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.