
Sulit
5 tahun
Hidung sy kerap sakit dan tersumbat
Sy nak tanye kenapa hidung sy kerap sakit sakit dan tersumbat…sy dah pakai ubat yg Dktr Ent bg…sy jumpa dktr Ent semula 5/3/2020…tpi masih sama…ape yg perlu sy buat dktr…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Terimakasih atas soalan yang diajukan. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki.
Untuk makluman pihak anda, masalah hidung tersumat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan kepada persekitaran
- Ketumbuhan seperti polip
- Keradangan sinus
- Masalah struktur hidung
Bagi mengatasi masalah hidung tersumbat dan sering sakit anda, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Saya percaya pakar perubatan yang anda lawati sudah mendapatkan diagnosis dan memberikan rawatan yang sesuai. Namun, rawatan yang diberikan tidak berkesan dengan anda. terdapat banyak sebab yang boleh menyumbang kepada masalah ini. Antaranya:
- Rawatan mengambil masa yang lama sebelum kesan dapat dirasai
- Cara pengambilan ubat yang salah
- Rawatan memang tidak berkesan untuk anda
- Diagnosis yang kurang tepat dan seterusnya rawatan yang diberikan kurang sesuai
Berikut merupakan jawapan am bagi soalan yang diajukan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.