Sulit
3 tahun
Hidung tersumbat dan hidung meleleh
Setiap hari saya akan mengalami hidung tersumbat malah hingus kadang kala akan mengalir sendiri.suara jug bertukar seperti sengau akibat hidung tersumbat.kadang kala jugak hidung dan mata terlalu gatal.saya berasa risau kerana sudah terlalu lma menanggung
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda,
masalah hidung tersumbat boleh beraku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Alahan
- Penyakit asma
- Polip hidung
- Benda asing di dalam saluran nafas
- Pertumbuhan sel jinak mahupun ganas
Mahupun keadaan seperti:
- gangguan cemas
- kelainan struktur rongg hidung
- kekurangan rehat atau komplikasi dari gangguan tidur
- dan faktor lain yang memerlukan perhatian secara langsung dengan doktor di klinik atau hospital
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.